Surah ini
diturunkan setelah 6 bulan tidak turunnya wahyu sehingga Nabi Muhammad saw
merasa resah, sunyi dan rindu menanti wahyu dari-Nya.
·
Ayat
1 : Demi waktu Dhuha.
·
Ayat
2 : Dan malam apabila ia sunyi sepi
·
Ayat
3 : Tuhanmu tidak meninggalkanmu (wahai
Muhammad) dan tidak membencimu.
o Ayat ini menafikan tuduhan kaum
kafir musyrik. Mereka menuduh Allah telah membenci Nabi Muhammad saw kerana tidak turunnya
wahyu setelah sekian lama.
o Kita sebagai hamba janganlah berputus asa dengan Allah kerana Allah sentiasa menanti-nanti doa dan taubat dari
hambanya.
·
Ayat
4 : Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah
lebih baik bagimu dari permulaannya.
Kehidupan akhirat jauh lebih baik dari dunia. Kita
di dunia ini seperti pengembara yang berhenti seketika di bawah pokok. Kejayaan
sebenar adalah di akhirat.
·
Ayat
5 : Dan sesungguhnya Tuhanmu akan
memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat) sehingga engkau
reda (berpuas hati)
·
Ayat
6 : Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu lalu Dia memberikan perlindungan?
o
Nabi
lahir sebagai anak yatim. Kemudian ibunya pula meninggal dunia pada usianya 6
tahun.
·
Ayat
7 : Dan didapatinya engkau mencari-cari lalu Dia
memberikan hidayat petunjuk.
o
Nabi
bertapa di Gua Hira’ kerana sedih dengan kaumnya. Lalu Allah memberikan
petunjuk kepadanya.
·
Ayat
8 : Dan didapatinya engkau miskin, lalu
Dia memberikan kejayaan.
o
Nabi
hidup susah, lalu Allah pertemukannya dengan isterinya Siti Khadijah yang kaya
raya.
·
Ayat
9 : Oleh itu, adapun anak yatim maka
janganlah engkau berlaku berlaku kasar terhadapnya.
·
Ayat
10 : Adapun orang yang meminta, maka janganlah engkau tengking herdik.
Ayat ini menyeru agar kita berbuat baik kepada orang yang meminta seperti peminta sedekah dan orang gelandangan.
·
Ayat
11 : Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan)
sebagai bersyukur kepada-Nya.