Sunday, April 27, 2014

Indahnya Surah Ad-Dhuha

Surah ini diturunkan setelah 6 bulan tidak turunnya wahyu sehingga Nabi Muhammad saw merasa resah, sunyi dan rindu menanti wahyu dari-Nya.

·         Ayat 1   : Demi waktu Dhuha.
Pada waktu Dhuha kita disunatkan untuk bersolat Dhuha sebanyak 2 rakaat sehingga 12 rakaat.
 
·         Ayat 2   : Dan malam apabila ia sunyi sepi


·         Ayat 3   : Tuhanmu tidak meninggalkanmu (wahai Muhammad) dan tidak membencimu.

o   Ayat ini menafikan tuduhan kaum kafir musyrik. Mereka menuduh Allah telah membenci Nabi Muhammad saw kerana tidak turunnya wahyu setelah sekian lama.

o   Kita sebagai hamba janganlah berputus asa dengan Allah kerana Allah sentiasa menanti-nanti doa dan taubat dari hambanya.


·         Ayat 4   : Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu dari permulaannya.
Kehidupan  akhirat jauh lebih baik dari dunia. Kita di dunia ini seperti pengembara yang berhenti seketika di bawah pokok. Kejayaan sebenar adalah di akhirat.


·         Ayat 5   : Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati)


·         Ayat 6 : Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu lalu Dia memberikan perlindungan?

o   Nabi lahir sebagai anak yatim. Kemudian ibunya pula meninggal dunia pada usianya 6 tahun.


·         Ayat 7   : Dan didapatinya engkau mencari-cari lalu Dia memberikan hidayat petunjuk.

o   Nabi bertapa di Gua Hira’ kerana sedih dengan kaumnya. Lalu Allah memberikan petunjuk kepadanya.


·         Ayat 8   : Dan didapatinya engkau miskin, lalu Dia memberikan kejayaan.

o   Nabi hidup susah, lalu Allah pertemukannya dengan isterinya Siti Khadijah yang kaya raya.


·         Ayat 9   : Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku berlaku kasar terhadapnya.


·         Ayat 10 : Adapun orang yang meminta, maka janganlah engkau tengking herdik.


Ayat ini menyeru agar kita berbuat baik kepada orang yang meminta seperti peminta sedekah dan orang gelandangan.

·         Ayat 11 : Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepada-Nya.
Nikmat Allah jauh lebih banyak dari masalah yang kita hadapi. Nikmat mata, kaki, tangan dan banyak lagi. Bersyukurlah dengan setiap apa yang kita miliki. Bersabarlah dengan setiap dugaan yang mendatangi kita. In shaa Allah kejayaan mendatangi kita. Carilah yang positif.

No comments:

Post a Comment